PUTRAJAYA – Kapasiti universiti awam (UA) yang terhad dan persaingan sengit menyebabkan lebih 20,000 pemohonan tidak mendapat tempat di universiti awam (UA) tempatan meskipun mereka layak melepasi syarat am.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Husaini Omar berkata, dua perkara itu merupakan punca utama hanya 71,615 permohonan sahaja yang layak untuk mendapatkan tawaran memasuki UA tahun ini.
“Tempat di universiti awam adalah terhad dan sekarang persaingan terlalu tinggi untuk mendapat tempat di universiti awam.
“Ini menunjukkan satu perkara baik kerana bakat-bakat yang ingin memasuki universiti adalah yang terbaik, pengeluaran ijazah juga Apakepada bakat-bakat terbaik pada masa depan negara,” kataya dalam sidang media khas mengenai sistem UPUOnline di KPT, hari ini.
Hunsi berkata, sejumlah 115,477 calon memohon tempat untuk ke UA tahun ini dengan 90,745 daripada layak untuk memohon.
Berdasarkan unjuran daripada 20 UA tempatan, sejumlah 71, 615 kemasukan melibatkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setara matriks asasi dengan 48,655 calon, 2,974 adalah pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan 19,976 lagi daripda kategori diploma atau setara.
Sebagai contoh, Husaini berkata sejumlah 1,841 calon layak untuk memohon program perubatan di UA tetapi hanya 692 tempat yang ditawarkan.
Sama juga dengan program perakaunan yang mana hanya 1,502 tempat diberikan dengan jumlah permohonan layak 5,048 calon.
Program undang-undang pula mendapat 1,660 permohonan dan hanya 541 pelajar diberikan tempat.
Bagaimanapun, semua permohonan yang tidak berjaya diberikan tempoh untuk membuat rayuan selama sembilan hari bermula 25 September lalu.
“Tempat kosong rayuan dibuka sehingga 4 Oktober, mana-mana pelajar yang tidak mendapat tempat boleh merayu supaya rayuan boleh diproses dan memenuhi tempat sekiranya ada kekosongan,” katanya lagi.
Daripada 71,615 tempat yang ditawarkan sejumlah 23,032 adalah daripada pelajar B40, 124 calon diterima adalah daripada tawaran laluan khas Orang Kelainan Upaya (OKU), 86 tempat diberikan kepada masyarakat orang asli, dan 32 orang atlet. – MalaysiaGazette