Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak 'PICKids' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 03 FABRUARI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan pertambahan 1,867 kes lagi semalam.

Ia menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,800,674.

Kes kematian yang direkodkan pula sebanyak empat, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,369.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif setakat temopoh sama berjumlah 25,174.

Daripada jumlah itu 1,060 kes dirawat di hospital termasuk 43 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 24 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 1,402. – MalaysiaGazette