Mayat remaja yang terjatuh dalam tali air ditemui pagi tadi. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Mayat seorang remaja yang hilang selepas terjatuh ke dalam tali air ketika hendak mengambil bola ditemui pagi tadi dekat Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat mangsa ditemui terapung dalam operasi hari kedua pada jam 8.21 pagi tadi, kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh semalam.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 petang semalam dan menggerakkan dua buah bot di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai terjatuh dalam tali air ketika cuba mengambil bola dan telah dibawa arus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat kanak-kanak itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette