Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus bertambah dengan 2,007 kes lewat malam tadi, menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,802,669.

Lima lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan angka kumulatif 36,374, menurut data COVIDNOW.

Kes aktif yang direkodkan pula sebanyak 25,769 dengan 1,014 ditempatkan di hospital.

Daripada jumlah itu, 42 kes dirawat di unit rawatan rapi termasuk 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette