Saturday, April 20, 2024
Home Sukan EPL: Arsenal unggul teraju liga

EPL: Arsenal unggul teraju liga

Foto Daily Mail.

LONDON – Arsenal melakar kemenangan 3-1 dalam aksi dengan London Utara edisi ke-192 mengatasi Tottenham Hotspur saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal terus unggul di puncak liga dengan 21 mata selepas lapan perlawanan.

Skuad kendalian Mikel Arteta kini cemerlang dengan tiga kemenangan berturut-turut apabila memastikan pertembungan bertemu kelab jiran memihak kepada mereka dengna jaringan terhasil menerusi Thomas Partey, Gabriel Jesus dan Granit Xhaka.

Selepas tamat rehat aksi antarabangsa, Arsenal dan Tottenham turun beraksi di Stadium Emirates dalam usaha mendapatkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing di kelompok teratas liga.

Corak permainan di separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kubu pertahanan masing-masing, beberapa serangan balas yang dilancarkan oleh Tottenham hampir membenarkan mereka mendahului perlawanan.

Namun tuan rumah terlebih dahulu berjaya membuka jaringan selepas pemain pertahanan, Ben White melakukan hantaran kepada Partey untuk melepaskan percubaan daripada luar kotak penalti mengatasi penjaga gol, Hugo Lloris.

Ketinggalan tidak menjejaskan rentak permainan Spurs, yang mengawal penguasaan bola melebihi 60 peratus, berjaya menyamakan kedudukan menerusi Harry Kane selepas Richarlison dijatuhkan oleh pertahanan Gunners, Gabriel dan pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti dengan kedudukan separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Arsenal terus selesa di depan selepas Jesus tidak melepaskan peluang untuk menggandakan jaringan buat pasukannya pada minit ke-49 menjadikan kedudukan 2-1 memihak Arsenal.

Pada ketika skuad bimbingan Antonio Conte memerlukan jaringan penyamaan, mereka terpaksa menerusi permainan dengan 10 pemain, Emerson Royal melakukan terjahan keras keras Gabriel Martinelli dan pengadil melayangkan kad merah menyaksikan mereka tempang untuk menamatkan perlawanan.

Malam gemilang buat Arsenal disempurnakan pada minit ke-67 apabila Martinelli melakukan lorongan buat Xhaka untuk melepaskan rembatan dari jarak dekat mengatasi Lloris buat kali ketiga. – Agensi