Erling Haaland. Foto SkySports.

LONDON – Penyerang Manchester City, Erling Haaland memberi amaran kepada United bahawa dirinya sudah bersedia untuk merobek gawang Manchester United pada aksi malam.

Pemain antarabangsa Norway itu berkata, dia hanya perlu menunjukkan aksi cemerlang yang konsisten di atas padang dan tidak perlu banyak bercakap di luar padang.

“Saya tidak perlu cakap banyak. Apa yang perlu saya katakan ialah saya sudah bersedia.

“Jika saya boleh berlari dengan sempurna dalam perlawanan itu, maka tiada siapa yang akan dapat menghalang saya”ujarnya kepada Sky Sports.

Haaland berjaya meledak 14 gol dalam sembilan penampilan untuk semua kejohanan sejak menyertai City dari Borussia Dortmund.

Sementara itu, legenda Liverpool Jamie Carragher memberi saranan kepada pengurus United,  Erik ten Hag untuk tidak menugaskan Lisandro Martinez mengawal pergerakkan Haaland.

Carragher berpendapat ia terlalu berisiko untuk United memadangkan pemain pertahanan itu sering melakukan terjahan yang boleh dimanfaatkan bahagian serangan lawan.

“Nasihat terbaik yang boleh saya berikan kepada Erik Ten Hag untuk menghentikan Erling Haaland ialah menjauhkan Lisandro Martinez untuk berhampiran dengan Haaland,” kata Carragher kepada Telegraph. – Agensi