Stadium Etihad kembali bergegar pada minit ke-64 dengan sorakan ribuan penyokong City apabila Haaland melengkapkan jaringan hatrik menerusi rembatan padu hasil hantaran Gomez.- Twitter Manchester City

LONDON – Manchester City membuktikan mereka Raja Manchester dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah pasukan jiran, Manchester United 6-3 di Stadium Etihad malam ini.

Keputusan ini bermakna City masih mengekalkan rekod tanpa kalah dengan 20 mata selepas lapan perlawanan dan masih berpeluang untuk memintas Arsenal yang berada di puncak liga dengan 21 mata.

Pesta gol City bermula seawal minit kelapan apabila Phil Foden melepaskan rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti sehingga menewaskan De Gea hasil hantaran cantik Bernardo Silva.

Terus garang, penyerang prolifik City, Haaland menambah dua gol pada minit ke-34 dan 37 selepas menerima umpanan cantik daripada Kelvin De Bruyne.

City terus menguasai perlawanan dengan cemerlang dan mereka terus menjaringkan gol keempat menerusi Foden sebelum menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0.

Namun, United mula menunjukkan kebangkitan di separuh masa kedua dan mereka berjaya menjaringkan satu gol menerusi rembatan cantik Antony dari luar kotak penalti pada minit ke-56.

Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat City sebaliknya agresif memberi tekanan kepada benteng pertahanan United.

Stadium Etihad kembali bergegar pada minit ke-64 dengan sorakan ribuan penyokong City apabila Haaland melengkapkan jaringan hatrik menerusi rembatan padu hasil hantaran Gomez.

Ia adalah jaringan ke-14 oleh Haaland selepas mengharungi lap perlawanan luga bersama City pada musim ini.

Foden turut mencipta hatrik apabila menambah gol keenam pada minit ke-73.

Ketinggalan 6-1, ia tidak menghalang United untuk menambah dua lagi gol pada minit ke 84 dan 90 menerusi Anthony Martial. – Agensi