Walaupun bergelar selebriti yang menjadi usahawan, Tya Arifin gemar turun ke padang jumpa pelanggannya.

KUALA LUMPUR – Menjadi selebriti yang menjadi usahawan bukanlah mudah.

Apa tidaknya, dunia selebriti yang penuh glamor perlu diketepikan seketika apabila berdepan depan orang ramai.

Itu yang dilakukan Tya Arifin yang sering membuat kejutan terhadap pelanggan jamu Mutyara keluaran. Wanita ini sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau cash on delivery (COD).

Malah Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari tidak kisah turun ke bawah tanpa calitan solekan tebal sebaliknya dia terharu apabila dapat berjumpa dan mendengar secara langsung maklum balas pelanggannya.

“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan Mutyara. Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.

“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga. Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu Mutyara yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

“Saya datang pun secara random sahaja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” katanya mengenai videonya yang sanggup turun padang berjumpa pelanggan tular di media sosial.

Menurut Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.

“Ada pelanggan Mutyra yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu. Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan Mutyara dia sudah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.

“Rasa tidak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast