Wakil dari SMK Assunta, Nur Dini Najwa Halizam (tengah), memenangi tempat pertama Pertandingan Video Pendek Sempena Kemerdekaan Negara ke-65 anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Assunta Petaling Jaya mendapat tempat pertama Pertandingan Video Pendek Sempena Kemerdekaan Negara ke-65  anjuran Yayasan Selangor.

Wakil dari SMK Assunta, Nur Dini Najwa Halizam yang juga pelajar Tingkatan 5 telah mempersembahkan video berkonsep deklamasi sajak patriotik ciptaan sendiri dengan garapan video patriotik  yang telah menarik minat  panel juri.

“Semasa menulis skrip sajak perwira kemerdekaan, semangat patriotik semakin dirasai meresapi ke dalam jiwa. Semakin diolah semakin lebih memahami maksud yang cuba disampaikan,” katanya katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penganjuran pertandingan tersebut menyasarkan penyertaan sekolah-sekolah yang menempatkan murid tajaan Yayasan Selangor dengan objektif untuk memupuk nilai kecintaan kepada tanah air selain mencungkil bakat kreatif dalam kalangan pelajar tajaan Yayasan Selangor.

Wakil guru dan pelajar-pelajar SMK Dato’ Harun yang memenangi tempat ketiga Pertandingan Video Pendek Sempena Kemerdekaan Negara ke-65 anjuran Yayasan Selangor.Sementara itu, tempat kedua disandang oleh SMK Bagan Terap, Sungai Besar dan tempat ketiga diduduki oleh SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang.

Pertandingan yang telah bermula sejak 1 sehingga 25 Ogos 2022 lalu.

Sebanyak 21 video penyertaan telah diterima merangkumi pelbagai jenis persembahan seperti bacaan puisi, syair, nyanyian dan sebagainya yang berdurasi tidak lebih tiga minit setiap satunya.

Edisi kali ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM700 bagi pemenang tempat pertama diikuti RM400 di tempat kedua dan RM200 bagi tempat ketiga.

Hadiah saguhati berjumlah RM100 turut diberikan kepada 7 penyertaan yang terpilih. – MalaysiaGazette