Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali 1MDB SRC International conflict of interest Najib Razak
Mohd Nazlan Mohd Ghazali

KeKUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi sekali lagi bertanya bila lagi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun akan mendakwa Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ini kerana, katanya, sudah banyak kali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan terhadap hakim itu sudah selesai.

Ahli Majis Tertinggi UMNO itu berkata, dalam keputusan penghakimannya Hakim Mohd Nazlan telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak menubuhkan SRC untuk mencuri duit.

Sedangkan, katanya, Maybank yang mencadangkan penubuhan SRC dan bank itu dibayar sebanyak RM800,000 untuk khidmat nasihatnya ketika itu.

Pada masa sama, Hakim Mohd Nazlan juga adalah Ketua Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat kepada Maybank.

”Itu yang pelik. Kenapa bahan bukti penting ini ditolak oleh mahkamah. Hakim Nazlan pula buat senyap sedangkan dia ada konflik kepentingan.

”Dia juga sepatutnya menarik diri sebagai hakim yang membicarakan kes Najib. Sebab itu Nazlan mesti didakwa. Apakah Maybank juga perlu disiasat?,” soal Mohd Puad lagi.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan kes membabitkan Mohd Nazlan telah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya oleh Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan seterusnya.

“Dalam kes berkenaan, pada saya, kami (SPRM) telah selesaikan kertas siasatan dan ia (kertas siasatan) berada dengan SPRM… untuk arahan selanjutnya oleh AG,” ujarnya. – MalaysiaGazette