KUALA LUMPUR – Paksi prestasi pelaburan negara dijangka berterusan dengan sasaran tahunan antara RM250 hingga RM300 bilion yang dipacukan daripada dasar baharu dalam Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melancarkan dasar pelaburan baharu itu yang dengan enam teras strategik untuk menangani cabaran ekonomi dan pelaburan dunia yang dinamik dan pantas berubah hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pertamanya adalah dengan penggubalan strategi pelaburan kolaborasi NIA dan Agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Ia disusuli dengan teras kedua iaitu penekanan kepada pakej insentif yang tangkas dan berpandangan ke depan seperti sasaran secara langsung untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelabur.
Yang ketiga menurut Mohamed Azmin, memfokuskan keperluan untuk mengenakan Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) yang berperanan untuk memastikan perjalanan pelabur yang lancar.
Katanya, teras keempat, NIP akan memajukan pemupukan pelaburan inovatif, berimpak tinggi serta berteknologi tinggi yang akan kondusif kepada penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.
“Teras kelima adalah untuk memastikan penubuhan kumpulan tenaga kerja yang cergas bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran buruh bernilai tinggi dan yang akhirnya, dasar baharu ini (INP) akan mempercepatkan penyelarasan ekosistem perniagaan holistik yang menjamin kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini” katanya semasa melancarkan dasar pelaburan baharu itu di Menara MITI hari ini.
Sementara itu Mohamed Azmin berkata, MITI akan memperkenal Rangka Kerja ESG Kebangsaan untuk mengarusperdanakan penggunaan ESG dalam sektor pembuatan.
Ini akan meliputi pembiayaan dan insentif, jangkauan dan mekanisme pasaran seperti perdagangan karbon dan harga, katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan akan mengutamakan peningkatan keupayaan untuk memudahkan pematuhan sasaran ESG, sekali gus memperkasakan mereka untuk menyertai rantaian ekonomi.
Kata Mohamed Azmin, ekonomi Malaysia kini berada di landasan pertumbuhan dan pemulihan yang kukuh dengan pelaburan terus berkembang untuk tempoh Januari hingga Jun 2022.
“Sejumlah RM123.3 bilion pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama telah direkodkan yang 58,000 peluang pekerjaan.
“NIP akan menjadi pemangkin ke arah pemulihan ekonomi yang lebih baik, pertumbuhan dan kemakmuran bersama” katanya. -MalaysiaGazette