Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan bersidang seperti biasa sehingga Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, berkata,  pembubaran Parlimen  masih lagi spekulasi, oleh itu sidang dewan masih diteruskan.

“Bab pembubaran Parlimen ini masih lagi spekulasi, sebagaimana Yang di-Pertua Dewan Rakyat katakan, ia masih spekulasi.

“Kita akan teruskan sidang seperti biasa sehingga the m Ramli Mohd Noroment comes,” katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok (Seputeh-PH) ketika berakhirnya sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Terdahulu Teresa membangkitkan isu kesahihan perbahasan pindaan dan perbentangan Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan sejak Isnin lalu.

“Dalam minggu ini kita sudah bahas beberapa pindaan dan RUU, sekiranya Parlimen bubar malam ini atau esok, adakah perbahasan kita ini sia-sia sahaja?

“Dalam kerajaan baharu, adakah semua RUU ini akan dikemukakan dan dibahas semula?, soal Teresa lagi.

Dalam pada itu, Ramli menasihatkan agar ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk tidak membuat spekulasi tertentu bahawa Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.

“Kita jangan spekulasi, apa-apa yang akan diputuskan kita tidak tahu lagi, biar kita teruskan bersidang sehingga perkara itu berlaku,” jawab Ramli kepada celahan RSN Rayer (Jelutong-PH).

Ramli bertindak meneruskan sidang dengan sesi perbentangan RUU Pengangkutan Jalan Pindaan 2022 untuk bacaan kali kedua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast