Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (kanan) berkenan menerima zakat perniagaan PNB yang diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria.

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) membayar zakat perniagaan sebanyak RM857,500 bagi tahun kewangan 2021 kepada kerajaan Negeri Sembilan melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), baru-baru ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkenan untuk menerima zakat perniagaan Kumpulan PNB yang disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria.

Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, serta Timbalan Presiden dan Ketua Kewangan Kumpulan PNB, Datuk Mohd Nizam Zainordin.

Pembayaran zakat oleh Kumpulan PNB dikira mengikut ‘haul’ dan ‘nisab’ yang sudah ditetapkan.

Zakat perniagaan oleh PNB ini tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang akaun unit amanah yang melabur dalam tabung yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Pemegang akaun dinasihatkan melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah yang berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast