Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi amaran fenomena air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi amaran fenomena air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, NADMA memeritahu Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Menurut agensi tersebut, fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku,” menurut perkongsian itu.

Maklumat lanjut danĀ jadual pasang surut edisi 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut. – MalaysiaGazette