Foto Twitter Man City.

LONDON – Manchester City mula mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL) seketika selepas menewaskan Southampton 4-0 manakala Erling Haaland melebarkan rekod jaringannya kepada 10 perlawanan berturut-turut.

Kemenangan City kini dua mata di depan Arsenal yang akan bertembung dengan Liverpool malam ini.

Joao Cancelo, Phil Foden dan Riyad Mahrez turut mencatat nama sebagai penjaring gol untuk skuad kendalian Pep Guardiola sebelum Haaland melengkapkan kemenangan buat juara bertahan itu di Stadium Etihad.

Sementara itu, Haaland kini meledak 20 gol dalam 12 aksi kompetitif sejak perpindahan dari Borussia Dortmund.

Dengan bantuan penyerang Norway itu, City kini menjadi kelab pertama menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut untuk aksi liga tertinggi di laman sendiri sejak Wolves melakukannya pada tahun 1959.

Skuad kendalian Guardiola hanya tewas sekali dalam 37 perlawanan liga, dengan kejuaraan kelima Liga Perdana Inggeris dalam enam musim menjadi sasaran mereka.

Mereka meledak 24 gol dalam enam perlawanan terakhir, memenangi lapan daripada sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast