KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah sebanyak 1,241 semalam menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,817,962.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan kes terkumpul berjumlah 36,403.
KKMNOW melaporkan sebanyak 22,167 kes aktif dalam tempoh sama termasuk 929 kes ditempatkan di hospital.
Daripada jumlah itu, 38 kes diletakkan di unit rawatan rapi dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala 21,000 lagi pesakit dikuarantin di rumah.
Jumlah kes pulih sebanyak 1,843.- MalaysiaGazette