Datuk Seri Wan Rosdy memandu uji traktor sebagai gimik semasa Majlis Penyerahan Jentera (tractor) kepada Pengarah Pertanian Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini

KUANTAN – Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang belum dibubarkan namun gendang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) di negeri ini sudah boleh dipalu.

Ia termasuklah Bejet 2023 Pahang yang dibentang pada Jumaat lalu boleh dijadikan sebagagai manifesto Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat boleh mengganggap dan mengukur pelan kewangan tahunan itu sebagai tawaran BN kepada mereka.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

“Boleh anggap bajet sebagai manifesto, bajet kerajaan negeri ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai manisfesto BN negeri menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun Pengerusi BN Pahang itu berkata,  senarai nama kerusi calon atau muka baharu masih belum diputuskan lagi.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan Wisma Sri Pahang hari ini sejurus Majlis Penyerahan Jentera (traktor) kepada Pengarah Pertanian Pahang sebelum meneruskan Sidang DUN hari ini.

Pada majlis ringkas itu, beliau menyerahkan 10 traktor pertanian bernilai RM3.45 juta kepada setiap daerah di negeri ini kecuali Cameron Highlands.

Penyerahan traktor itu sekali gus melakar sejarah tersendiri apabila kerajaan negeri menyediakan keperluan kepada pertani selain dengan menawarkan harga sewa berpatutan.

Tambah beliau, pemberian itu menunjukkan keprihatinan kerajaan Pahang kepada sesetengah petani yang masih sukar mendapat bantuan traktor bagi melakukan aktiviti pertanian.

ARTIKEL BERKAITAN :

Belanjawan Pahang 2023 sasar kutip hasil RM1.083 juta

“Sewa kadar minimum berbanding keadaan sukar golongan itu mendapatkan bantuan traktor juga terbeban dengan sewa yang tinggi. Sebelum ini traktor sudahlah sukar payah nak dapat, sewa pun tinggi.

“Sekiranya kedudukan kewangan negeri lebih baik, tidak mustahil bagi pihak kerajaan negeri menambah bilangan tractor pada masa akan datang,” kata Wan Rosdy. – MalaysiaGazette