KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti terkenal, Neelofa menyiarkan video anaknya, Muhammad Bilal di media sosial hari ini.
Isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz itu berbuat demikian selepas kecewa kerana gambar anaknya disiarkan oleh orang lain di media sosial.
Rata-rata memuji kecomelan Muhammad Bilal yang sebelum ini gambarnya tidak dimuatnaik di media sosial oleh Neelofa.
Dalam hantarannya itu, Neelofa mengucapkan rasa cinta dan sayang kepada anaknya.
“Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup iniā¦
“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti,
pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
Bilal anak ummi sayang..Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.
“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.
“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah.
“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” katanya.- MalaysiaGazette