KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,291 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kepada 4,819,251.
Kes kematian pula bertambah kepada 36,406 dengan tiga lagi pada tempoh sama.
KKMNOW melaporkan kes aktif sebanyak 21,863 termasuk 920 kes dirawat di hospital.
Kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi pula sebanyak 46 termasuk 22 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah pesakit yang dikurantin di rumah pula sebanyak 20,897.
Kes sembuh yang direkodkan semalam sebanyak 1,592. – MalaysiaGazette