KUANTAN – Seorang lelaki maut setelah kereta jenis Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Lebuhraya Segamat-Kuantan awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.27 pagi.

Katanya, seramai 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dan Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi.

Zulfadli berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat namun maut di tempat kejadian akibat tersepit.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Zulfadli berkata pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast