Wan Rosdy Wan Ismail menerima sumbangan persiapan banjir Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan diketahui dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, proses itu akan dilakukan selepas selesai penggulungan Bajet Pahang 2023.

“Kita nak luluskan dulu bajet yang dibentangkan dalam sidang dewan, itu penting untuk rakyat. Kita nak dapat keputusan supaya kerajaan boleh berbelanja kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan persiapan banjir Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Pada Selasa, MalaysiaGazette melaporkan Wan Rosdy masih belum mendapat perkenan untuk menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah bagi membubarkan DUN. – MalaysiaGazette