KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia berjumlah 60,170 juta tan metrik pada bulan Ogos 2022, meningkat 11.9 peratus berbanding Julai 2022 (53,752 tan metrik).

China kekal sebagai destinasi eksport getah asli iaitu 40.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Ogos 2022, diikuti Iran (5.4%), Jerman, Amerika Syarikat dan Turki masing-masing (4.0%),

Jabatan Perangkaan berkata, pengeluaran getah asli pada tempoh sama turun 3.8 peratus kepada 36,411 tan metrik berbanding 37,843 pada bulan sebelumnya.

Manakala perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 15.2 peratus (Ogos 2021: 42,942 tan metrik).

Pengeluaran getah asli Malaysia pada bulan Ogos 2022 disumbangkan oleh sektor pekebun kecil (87.5%) berbanding sektor estet (12.5%). – MalaysiaGazette