Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam meningkat sebanyak 2,090 kepada 4,822,958.

Jumlah itu termasuk empat kes import.

KKMNOW melaporkan kes kematian juga bertambah kepada tiga lagi menjadikan angka kumulatif 36,410.

Kes aktif Covid-19 pula sebanyak 22,804 dengan 916 kes dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 33 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 16 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes kuarantin di rumah pula sebanyak 21, 855.

Menurutnya, kes sembuh pula 1,428. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast