Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli menerima Watikah Perisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Pahang Ke-14 daripada Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad di Wisma Sri Pahang, hari ini

KUANTAN – Yang Di-Pertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad hari ini menyerahkan Watikah Perisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Pahang Ke-14 kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Pahang.

Penyerahan watikah itu diterima oleh Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang bagi membolehkan SPR melaksanakan dan mengendalikan proses Pilihan Raya Umum (PRU 15) di negeri ini.

Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad

“Saya telah menerima Watikah Perisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Pahang Ke-14 berkuat kuasa pada Jumaat, 14 Oktober 2022.

“Warkah Perisytiharan itu ditandatangani oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata Ishak.

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli

Watikah tersebut adalah kuasa yang diberikan kepada baginda di bawah Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang catat pencapaian luar biasa dalam tempoh 53 bulan

BN Pahang akan calonkan muka baharu, lama – Wan Rosdy

DUN Pahang bubar hari ini

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast