Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2022 akan dikeluarkan pada hari Khamis, 20 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, calon boleh menyemak keputusan secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang 26 Oktober 2022.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 20 Okt. hingga 6 petang 26 Okt. 2022. – MalaysiaGazette