Aiman Tino. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di di sini semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Berita mengenai Aiman dikongsi ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil menerusi hantaran Facebook (FB) miliknya.

Melalui perkongsian itu, Hazelina memuat naik foto penyanyi Ku Rela Dibenci itu sedang terbaring di katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Tertera di foto itu adalah kapsyen ringkas berbunyi:

“Mak doakan Aiman cepat sembuh,” tulisnya.

Menjelaskan keadaan anaknya, Hazelina berkata, Aiman mengalami gejala batuk berpanjangan.

“Risau dengan keadaannya itu, kami bawa Aiman ke hospital untuk buat pemeriksaan. Aiman kemudian ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast