KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kawasan-kawasan tersebut ialah di negeri Perak (Kinta dan Kampar); Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Rompin) dan Selangor (Petaling dan Hulu Langat).
Selain itu, Kuala Lumpur • Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol); Johor (Mersing); Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Kapit); Sabah: Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). – MalaysiaGazette