LONDON – Manchester United dan Newcastle berkongsi satu mata apabila keputusan seri tanpa jaringan perlawanan di Old Trafford dalam kempen Liga Perdana Inggeris malam tadi.
Bercakap sejurus perlawanan, pengurus United, Erik Ten Hag meluahkan perasaan kecewa kerana kegagalan anak buahnya mendapatkan tiga mata.
Namun bagi pengendali kelahiran Belanda itu, walaupun bukan keputusan yang mereka mahukan namun persembahan yang ditunjukkan pemain telah memberi kepuasan kepada dirinya.
“Saya kecewa dengan keputusan itu tetapi saya gembira dengan persembahan di mana tekanan adalah baik dan kami membuat mereka berlari.
“Newcastle adalah salah satu pasukan fizikal terbaik dan mereka mengalami kekejangan. Persembahan kami bagus kerana mengekalkan rekod bersih dabmengasak dengan baik.
“Kami sepatutnya menjaringkan gol kemenangan dan satu daripada Fred dan kemudian Rashford, mereka sepatutnya menjaringkan gol dalam situasi itu,” katanya memetik laporan Eurosports.
United melayan kunjungan Newcastle di mana kualiti mereka pada kali ini bukan kelab yang sama pada musim lalu.
United gagal memungut tiga mata penuh bermain di tempat sendiri dan United kekal di tangga ke lima namun gagal merapatkan jurang pungutan mata dengan pendahulu liga.
Selepas ini United akan berdepan dua perlawanan besar di Old Trafford apabila menentang Tottenham Hotspur dan Chelsea di Stamford Bridge. – Agensi
https://www.eurosport.co.uk/football/ten-hag-happy-with-man-united-performance-despite-draw-against-newcastle_vid1765883/video.shtml