Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa hari ini.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang media di Tapah, Perak pagi ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) susulan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas.

Perak sebelum ini menjadi satu-satunya negeri ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang belum mendapat perkenan sultannya bagi pembubaran DUN.

Sebelum ini dua lagi negeri ditadbir kerajaan BN iaitu Perlis dan Pahang sudah membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

Dewan Negeri Perak diwakili oleh 59 kerusi DUN.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast