KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan Team Haq yang menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengalahkan juara bertahan Todak,4-2, hari ini.

Perdana Menteri berkata kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Team Haq akan membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia bersama pasukan Todak ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4)yang akan berlangsung di Jakarta, tahun depan.

“Sudah terbukti bakat-bakat anak muda e-sukan kita semakin hebat. Semoga pertandingan di peringkat dunia akan menyerlahkan lagi bakat mereka.Malaysia Boleh!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

— BERNAMA

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast