KUALA LUMPUR – Pertubuhan Perdana Nasional (PPN) menegaskan ia tidak pernah dan tidak berniat untuk memberi apa-apa kerjasama atau bersatu dalam mana-mana parti politik di dalam negara.

Ini disebabkan oleh pendirian dan objektif PPN yang hanya memberi fokus untuk membantu masyarakat, pembangunan masyarakat dan lain-lain, tegas presidennya. Abdul Hakim Hafizi Hamizan.

”Kesemua Ahli Majlis Tertinggi Perdana Nasional juga telah diberi amaran tidak melibatkan PPN dalam mana-mana kempen parti politik seperti memaparkan logo, simbul, kenyataan dan yang sama dengannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Maka dengan hal demikian, jelas bahawa kami merupakan pertubuhan yang mengamalkan sikap bebas daripada parti politik yang ada dalam negara,” teganya. – MalaysiaGazette