KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 semalam turun kepada 1,211 berbanding 1,712 kelmarin menjadikan kes kumulatif bertambah kepada 4,830,112.
Jumlah kematian juga terus meningkat kepada enam termasuk lima kes berlaku di luar hospital, menjadikan angka keseluruhan 36,423.
KKMNOW melaporkan kes aktif sebanyak 23,070 dengan 22,002 dikuarantin di rumah.
Daripada jumlah itu, 1,025 kes dimasukkan ke hospital termasuk 43 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh sebanyak 2,026. – MalaysiaGazette