Foto BBC.

LONDON – Penyerang Perancis, Karim Benzema diumumkan pemenang anugerah Ballon d’Or sekali gus menjadi pemain kedua di luar bayangan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang dianugerahkan hadiah itu dalam tempoh 15 tahun.

Benzema memenangi trofi itu selepas membawa gergasi Sepanyol, Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu, selain menjaringkan 44 gol dalam 46 penampilan untuk kelab kendalian Carlo Ancelotti itu.

Zidane yang menguruskan Benzema semasa mengendalikan Real Madrid, berada di Paris untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada penyerang itu.

Benzema menewaskan dua lagi calon ialah Sadio Mane di tangga kedua dan Kevin De Bruyne di tangga ketiga.

Ballon d’Or adalah anugerah pemain terbaik lelaki yang diiktiraf majalah, France Football. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast