Seorang wanita Britain maut selepas ditembak mati oleh rakannya ketika memburu babi hutan di barat laut Perancis.- Gambar hiasan.

PERANCIS – Seorang wanita Britain maut selepas ditembak mati oleh rakannya ketika memburu babi hutan di barat laut Perancis.

Wanita berusia 67 tahun itu ditembak di dada semasa memburu di kawasan Goudelin di Brittany pada Ahad lalu, menurut media tempatan.

Menurut kenyataan itu, wanita terbabit dan rakannya sedang menyeberangi ladang jagung sebelum dia ditembak.

Tambah kenyataan itu, seorang lelaki berusia 69 tahun dalam keadaan yang tidak diketahui puncanya telah menghala senapang larasnya ke arah belakang.

Wanita itu meninggal dunia di sebuah hospital di Saint-Brieuc.

Pihak pendakwa raya berkata,  suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Walaupun keadaan sebenar kejadian masih belum diketahui, pendakwa raya berkata, ujian awal menunjukkan  lelaki itu bebas alkohol atau dadah.

Pihak pendakwaan memaklumkan bedah siasat akan dijalankan pada Rabu. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast