Abdul Ghani Salleh.

KUALA LUMPUR – Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) esok.

Menurut jemputan yang diberikan kepada media, mesyuarat khas itu akan diadakan jam 12 tengah hari

“SPR akan mengadakan mesyuarat berkaitan urusan Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Satu sidang media akan dibuat sejurus selepas mesyuarat khas,” kata SPR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Mesyuarat khas itu juga akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

DUN Bugaya kosong apabila penyandangnya, Allahyarham Manis Muka Mohd Dara sebelum meninggal dunia pada 17 November 2020.

Allahyarham Manis Muka memenangi kerusi DUN Bugaya atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan majoriti 6,005 undi menewaskan enam pencabar lain dalam pertandingan tujuh penjuru pada PRN-16 Sabah pada 26 September 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast