Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mendakwa, Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik menipu rakyat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, janji serta harapan palsu sudah pasti menjadi modus operandi yang akhirnya segala penipuan itu berjaya memenangkan mereka pada pilihan raya.

“Propaganda fitnah jahat akan jadi hidangan setiap hari. Kerana apa? Kerana PH tiada apa yang baik mahu ditawarkan kepada rakyat. PH bankrap idea,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zahida berkata, antara yang ‘berjaya’ dilakukan oleh PH ketika berkuasa dulu adalah janji untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan di mana ia dimasukkan dalam manifesto kempen PRU-14 yang lalu.

Baginya, apa yang dijanjikan PH itu memang dari awal sudah diketahui bahawa ia hanyalah harapan palsu yang tak mungkin mampu dilaksanakan.

“Seperti peribahasa, alang-alang mandi biar basah, bagi PH pula alang-alang dah tipu rakyat, biar menipu yang paling maksimum sekali,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast