Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan 2,295 kes baharu semalam, menjadikan kes terkumpul 4,834, 272.

KKMNOW berkata, kes kematian yang direkodkan pada tempoh sama bertambah kepada tiga lagi menjadi 36,429.

Kes aktif yang dilaporkan pula sebanyak 24,331 dengan 23,215 dikuarantin di rumah.

Manakala 1,072 kes lagi dirawat di hospital termasuk 44 kes di unit rawatan rapi dengan 11 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 1,386. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast