Anwar berucap pada Program Jelajah Pakatan Harapan (PH) Pahang di Mentakab malam tadi.

TEMERLOH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu debat secara terbuka diadakan antara calon-calon Perdana Menteri daripada gabungan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ia bagi membincangkan  dasar untuk menentukan hala tuju negara dan bukan topik yang  tidak memberi manfaat seperti isu perkauman dan pegangan agama.

Ini kerana Anwar mahu rakyat boleh membuat penilaian sendiri menerusi hasil perdebatan tersebut.

“Sebelum pilihan raya kali ini, biar perbahasan itu berdasarkan dasar. Bukan seperti mana yang dibuat seperti ini. Komunislah, Yahudilah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas Program Jelajah Pakatan Harapan (PH) Pahang di Mentakab dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),, Presiden PKR mengesahkan pihaknya telah mencapai kesepakatan dalam pembahagian kerusi PH yang membabitkan parti itu.

“Kalau mereka (MUDA) merasakan keliru, tidak tahu jika mereka bertanding di mana, saya sendiri pun belum putuskan bertanding di mana,” jelasnya.

Tambah Anwar, beliau akan mengumumkan berkenaan pembahagian kerusi dalam PH malam ini.

“Tapi soal calon yang akan bertanding itu kita akan capai persetujuan (tidak lama lagi),” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.