Anwar Ibrahim pada majlis Konvensyen Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Teki-teki Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson terjawab selepas beliau mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara tersebut diumumkan beliau sewaktu menyampaikan ucapan pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, hari ini.

“Saya tak memilih kawasan yang mudah serta menjamin majoriti besar. Saya mengepalai dan berani tawan Parlimen Tambun dalam pilihan raya akan datang.

“Saya mahu rakan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor melihat keyakinan kita,” katanya dalam ucapan tersebut.

Keputusan Presiden PKR itu untuk bertanding di Parlimen Tambun menyaksikan beliau mungkin bertembung dengan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu jika Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mempertahan kerusi tersebut pada PRU15.

Selain itu, pengumuman berkenaan juga secara langsung mengesahkan desas desus yang mengatakan beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya ketika ini, selepas menang besar dengan majoriti 23,560 undi dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada Oktober 2018.

Pada majlis sama, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution turut mengumumkan  – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ANWARFIKUN teruskan IMEJ MUNAFIKnya…sama seperti….saya ulang saya ulang…malam menang Putrajaya ESOK MINYAK turun rm 1.50….saya ada nombor2 ekor kepala majoriti utk di angkat PM

Comments are closed.