Hajiji Noor merakamkan Al-Fatihah atas berita mengejut membabitkan allahyarham Datuk Samsudin hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsudin Yahya meninggal dunia di dalam penerbangan  dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau yang meninggal dunia selepas 40 minit selepas pesawat itu berlepas menyebabkan pesawat terbabit berpatah balik ke KLIA.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman yangdihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya boleh mengesahkan berita berkenaan tetapi masih belum menerima maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Sementara itu, laman Facebook Berita Sandakan memuat naik status: “Berita dari DS Ronald satu flight dengan Datuk Samsudin Yahya (meninggal dalam flight) 40 minit selepas berlepas dari KLIA ke KK, Al Fatihah!”.

Manakala seorang penumpang pesawat tersebut melakukan hantara: “Terpaksa berpatah balik KLIA disebabkan ada seorang passanger yang mengalami masalah kesihatan yang serius semasa penerbangan semoga passanger tersebut kembali pulih,”. – MalaysiaGazette