najib anwar
Yana bersama bapanya, Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mempersoalkan tindakan Jabatan Penjara melarang bapanya mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, larangan sedemikian tidak dikuatkuasakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Presiden PKR itu dipenjarakan dahulu.

“Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib?” soalnya dalam hantaran Instagram miliknya, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dilaporkan berkata, setakat ini, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan oleh mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.

Arahan itu turut terpakai kepada bekas Perdana Menteri itu jika beliau mempunyai pandangan mengenai suhu semasa politik negara menjelang PRU-15.

Namun, mStar pada 5 Mei 2015 melaporkan, Anwar yang ketika itu dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh turut ‘berkempen’ untuk isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menyampaikan pesanan yang merayu pengundi menyokong Wan Azizah melalui kenyataan media yang dikeluarkan peguamnya, Latheefa Koya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.