Tertuduh yang didakwa membunuh adiknya dibawa ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau sehingga tertusuk adik lelakinya sehingga maut di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri ditahan reman enam hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Oktober depan terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret.

Perintah  itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri menerusi kenyataan media memaklumkan telah menerima laporan daripada ibu mangsa mengenai insiden tersebut pada pukul 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, menurut laporan, kedua-dua beradik itu berselisih faham di dalam kereta semasa perjalanan pulang dari sekolah sebelum kejadian malang itu berlaku.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 302  Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast