Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit semasa mengundi.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit semasa mengundi.

Menurut beliau, telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi.

“Parti boleh guna maklumat untuk sogokan. Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut meminta SPR memperbetulkan segala kelemahan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya,” jelasnya. – MalaysiaGazette