Steven Gerrard. Foto BBC.

LONDON – Aston Villa akhirnya memecat pengurusnya, Steven Gerrard ekoran kekalahan 3-0 di Fulham awal pagi tadi yang mana kelab itu kini menduduki satu anak tangga di atas zon penyingkiran dalam Liga Perdana Inggeris, lapor SkySports.

Skuad The Villans hanya mampu menang dua daripada 11 perlawanan liga musim ini dan kekalahan di Craven Cottage menyaksikan Gerrard dipecat kurang dua jam selepas tamat saingan.
Gerrard, 42, yang mengambil alih Villa sejak 11 bulan lalu belum menang dalam empat aksi terakhir mereka.

“Kelab Bola Sepak Aston Villa mengumumkan ketua jurulatih Steven Gerrard sudah meninggalkan kami serta merta.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Steven atas usaha dan komitmen serta mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Villa menduduki tangga ke-14 liga ketika Gerrard mengambil alih pasukan musim lalu selepas tiba dari Rangers menggantikan Dean Smith.

Bekas bintang tengah Liverpool dan England itu menjadi harapan Villa untuk melonjakkan mereka ke kedudukan lebih tinggi musim ini, malangnya The Villans bergelut dengan penyingkiran.

Gerrard memenangi gelaran liga Scotland bersama Rangers pada 2021, menamatkan penguasaan Celtic buat sekian lama.

Gerrard hanya memenangi 13 daripada 40 perlawanan bersama Villa, tewas 19 daripadanya. – MalaysiaGazette

https://www.skysports.com/football/news/11095/12725885/aston-villa-sack-steven-gerrard-after-11-months-in-charge

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast