janji kitar semula anwar
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Janji Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memotong elaun menteri dan mengecilkan saiz Kabinet disifatkan sebagai ‘skrip populis kitar semula’.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, skrip tersebut telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas kemenangan PH pada PRU-14.

“Tak ada benda lain selain kitar semula benda-benda masa silam yang terbukti gagal ke? Tapi apa hasilnya jikapun gaji dan jumlah menteri dikurangkan sebagaimana dibuat PM7 selepas PRU-14?” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR menaburkan janji itu ketika berucap pada Konvensyen PH di Ipoh malam tadi.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak menambah, pasaran saham menjunam, ekonomi merudum dan pelabur menarik balik pelaburan mereka sebaik sahaja PH menang sebab tidak yakin dengan PH.

“Dan apa gunanya untuk kurangkan jumlah menteri jika menteri yang tertinggal adalah jenis lagi kurang akal yang membawa kepada prestasi teruk kerajaan PH sehingga anak Anwar, Nurul Izzah sendiri kata dia dan rakyat trauma dengan kegagalan kerajaan PH?” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.