Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey bercakap kepada media meninjau harga barangan kawalan sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum musim Perayaan Deepavali 2022 di Lotus, The Paradigm Mall, Kelana Jaya. Foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2022.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan penguatkuasaan dalam usaha membanteras penjualan jersi tiruan menjelang Piala Dunia 2022 pada bulan depan.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, tindakan tegas di bawah Akta Cap Dagangan 2019 akan dikenakan kepada individu atau syarikat yang didapati menjual jersi tiruan.

“Setiap kali tiba musim sukan berprestij antarabangsa seperti piala dunia ini, sudah menjadi trend akan ada banyak penjualan jersi-jersi tiruan ini.

“Jadi tahun ini kami bekerjasama rapat dengan wakil jenama dan pemilik hak cipta terbabit dengan berkongsi data berkaitan hak cipta dan reka bentuk produk berjenama gergasi mereka,” katanya selepas melakukan tinjuan pematuhan harga maksimum musim perayaan di pasar raya Lotus, di sini, hari ini.

Tambah Mohd Zuhairi, menerusi kerjasama itu, tindakan penguatkuasaan pantas dapat diambil sejurus menerima laporan mengenai aktiviti penjualan produk jersi tiruan.

Ujarnya, KPDNHEP Selangor juga telah mengenal pasti beberapa lokasi panas yang menjadi tumpuan penjual-penjual jersi tiruan.

“Mereka ini kebanyakannya beroperasi di lokasi premis terbuka contohnya di pasar lewat malam dan kawasan tumpuan golongan muda seperti downtown serta uptown,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast