elaun tol
Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) dicabar untuk memotong elaun menteri besar, ketua menteri dan exco masing-masing mulai Disember ini.

Ketua Puteri Barisan Nasional, Datuk Zahida Zarik Khan melontarkan cabaran itu susulan janji Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memotong elaun menteri Kabinet.

“Kawan-kawan cakap… sembang gebang… Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah tipu, kempen kali ni guna cara sama juga.

“PH kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Sempat lagi nak potong gaji MB dan Exco bermula bulan 12. Boleh buat?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR menaburkan janji itu ketika berucap pada Konvensyen PH di Ipoh, Perak malam tadi.

Zahida yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin PH tidak boleh dipercayai.

“Satu yang keluar dari mulut pemimpin PH, 10 tak boleh pakai. Kalau nak cari penyakit, undilah PH,” jelasnya. – MalaysiaGazette