Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mulai perlahan setakat 8.30 pagi tadi berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

“Trafik turut perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke arah timur,” menurut LLM.

LLM memaklumkan terdapat kemalangan berlaku kira-kira 7.45 pagi tadi di KM155.8 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh dan kerja pengalihan sedang dilakukan dengan lorong kiri ditutup menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.

Trafik turut perlahan dari Rawang Selatan ke Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng.

Di Lembah Klang, LLM memaklumkan aliran trafik masih lancar di kebanyakan lebuh raya bertol termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan sekitar Plaza Tol Sungai Besi. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast