KUALA LUMPUR – Permohonan rayuan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 akan diumumkan pada 25 Oktober 2022.

Kementerian Pengajian Tinggi berkata, Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 Oktober 2022, jam 12 tengah hari hingga 30 Oktober 2022, jam 5 petang melalui pautan berikut:
i. https://jpt.utm.my
ii. http://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. http://jpt.ums.edu.my
v. http://jpt.umt.edu.my
atau melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket di telefon pintar.

Katanya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 Oktober hingga 30 Oktober 2022 di laman web rasmi UA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette