Seorang anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di rumah warga emas di Kampung Teluk, Kerian yang terbakar pagi tadi.

IPOH – Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) itu pada 5.42 pagi.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Boy Soo, 74, dan hanya tinggal berdua di rumah berkenaan bersama suaminya.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah (yang terbakar) sebanyak 20 peratus dan wanita itu disahkan maut oleh pihak perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dibantu pasukan dari Kuala Kurau membuat pemadaman sisa kebakaran sepenuhnya dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 7.30 pagi. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast